Saturday, August 16, 2008

Kesungguhan demi merobah masa depan


Pertemuan kali ke3, cuma 4 saja yang hadir.
(tak ikut susunan - Nora, Fazarina, Norasmiza dan Khamisah)

Yang lain ada banyak hal. Seronoknya dapat tahu rakan mereka yang menunggu hari untuk deliver, dah selamat melahirkan anak lelaki. Alhamdulillah bertambah lagi umat Muhammad saw. Nampaknya dalam pantanglah memerah otak nak jawap periksa minggu depan. Lepas sesi berkongsi ilmu, sempat ambil gambar mereka. minggu depan ada exam - buat pertama kali tu! Dah lama tak duduk untuk menjawab peperiksaan, mereka agak risau! Insyaallah, saya akan doakan setiap waktu agar mereka berjaya dengan ujian pertama ini. Mengingat tulisan oleh Cg Bard.... Perjuangan adalah perlaksanaan, (saya tambah.... nak melaksanakan perlukan pengorbanan).

Menjawablah dengan tenang.... saya panjatkan doa kejayaan cemerlang untuk cikgu2 semua! Insyaallah.

Memang saya sangat kagum dengan semangat mereka ini, tugas hakiki sebagai ahli keluarga, terhadap suami dan anak2, apa lagi tugas sebagai pendidik, demi mendidik anak bangsa dan rezeki dari Allah swt..... tanamkanlah kecekalan dan ketabahan ...... bukan senang untuk menjadi senang, kesabaran sangat perlu. Keikhlasan cikgu-cikgu memperoleh ilmu pasti diberkati Allah yang maha mengetahui. Amin...

Monday, August 4, 2008

Harap ada response...

Moga-moga tulisan saya dapat di akses oleh cg2 semua. Masih ada waktu untuk melihat dan menyemak kandungan untuk esei itu nanti. Bila kita bertemu, sekurang-kurangnya cg dah ada maklumat awal dan pemahaman yang agak jelas. Ambillah sedikit masa untuk meneliti fakta dari bahan yang boleh didapati disekeliling pembelajaran cg....

Harap dapat membantu...

Sunday, August 3, 2008

Contoh merangka assignment....

Topik - Fungsi Bahasa ( rujuk modul m.s 33-41 dan juga bahan2 rujukan yang ada dalam modul, juga teks Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman (lihat bab 1.....)

Pendahuluan: (terserah fokus awalnya untuk nanti membawa pemeriksa kepada isi yang dibincangkan)
  • Berikan definisi topik/jelaskan tajuk secara ringkas/apa itu fungsi bahasa?
  • kenali bahasa, sejarah bahasa secara ringkas
  • pengkaji bahasa - menyenaraikannya dalam pelbagai gaya dan fungsi

Isi/fakta Fungsi bahasa:
( dasarnya - fungsi bahasa ini sama sahaja pada semua pengkaji bahasa)
  • nyatakan satu fungsi daripada pengkaji yang dipilih, buatlah huraian dan berikan contoh sesuai dengan tugas atau peranan bahasa itu. Tunjukkan adanya persamaan atau perbezaan daripada pengkaji lain - buatlah huraian dan tegaskan / berikan pendapat anada.
  • berikan fungsi kedua pula dan ikutilah seperti cara di atas.
  • dan seterusnya hingga dirasakan semua fungsi besar telah dikemukakan dengan huraian, contoh dan ada perbandingan antara pengkaji-pengkaji bahasa itu.
Penutup:
  • buatlah rumusan terhadap apa yang telah dibincangkan dalam esei itu dan yang penting berikan pendapat anda terhadap apa yang telah dikemukan - pandangan sendiri ini penting untuk memastikan pemahaman dan keyakinan anda.
selamat mencuba.....

Salam bersambut.....Kursus BBM 3201 PENGANTAR LINGUISTIK AM

Pertemuan bermula, berdepan dengan 11 pelajar berpengalaman... sebahagian nama dapat disebut di sini... Nora, Ayu, Norma, Asmizah, Yati dan yang lain ingat wajah tapi nama kena tanya lagi minggu depan. Tugas ini perlukan give and take - ada kala perlukan pelbagai maklumat untuk mudah mendekati kerja ini.

Apa yang diperlukan sebenarnya? Pasti membantu mereka mendapatkan maklumat dan kaedah menyediakan esei yang diberikan:

Tajuknya:
Bahagian A

1. TEORI LINGUISTIK
2. SUBDISIPLIN LINGUISTIK
3. ANALISA BAHASA
4. CIRI DALAMAN BAHASA
5. CIRI LUARAN BAHASA
6. ASPEK BAHASA
7. FUNGSI BAHASA

Bahagian B

1. FONETIK DAN FONOLOGI
2. MORFOLOGI
3. SINTAKSIS
4. SEMANTIK
5. LINGUISTIK TERAPAN

( 2 esei setiap bahagian dengan panjang setiap esei 5 muka surat)

Perlu pelajari cara nak sediakan esei - secara am -

Tajuk (pastikan tajuk yang dipilih itu betul-betul difahami dan gunakan bahan rujukan yang
bersesuaian bagi menyokong fakta / isi yang dikemukakan)

Pendahluan

Isi - berapa?
Setiap isi / fakta perlu dihuraikan dengan jelas
perlu ada contoh untuk menyokong huraian

Penutup / rumusan:
masukkan pendapat dan tegaskan segala yang diutarakan dengan penuh
yakin.
Selamat menulis.....................